
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana, Sitiawan, Perak.
Pada 14 Julai 2014
sehingga 7 November 2014, saya telah menjalani Latihan Mengajar (LM) di sebuah
sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana, Sitiawan, Perak. Sekolah
ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan
atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada
153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.
Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah
ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai
397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari
1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967,
pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari
Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
Tarikh yang paling bersejarah bagi
sekolah ini ialah pada tahun 1983, apabila sekolah ini ditukarkan namanya
daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini
diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat
di bandar Sitiawan pada awal abad ke-20 ini. Sekolah ini terus berkembang maju
sehingga mampu mengadakan kelas tingkatan 4 sains mulai tahun 1988. Manakala
jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan
55 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih
berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang
ko-kurikulum.
No comments:
Post a Comment