Kemahiran berfikir
boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan
sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah
kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir
yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan
beberapa kemahiran berkritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah
menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran
berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat
pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran dan strategi
berfikir.
Rajah 1. Model Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai kemahiran berfikir yang asas sebelum mempelajari kemahiran berfikir yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membandingkan dan membeza serta mengumpul dan mengelas.

No comments:
Post a Comment