ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN ITU UMPAMA POHON YANG TIDAK BERBUAH

Friday, 22 May 2015

Tentang Sekolah

          
                Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana, Sitiawan, Perak.


Pada 14 Julai 2014 sehingga 7 November 2014, saya telah menjalani Latihan Mengajar (LM) di sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana, Sitiawan, Perak. Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.
            Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG.  Pada 20 jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
            Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini ialah pada tahun 1983, apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke-20 ini. Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas tingkatan 4 sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 55 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.

Tujuan Berfikir

Antara tujuan kemahiran berfikir digunakan adalah untuk membolehkan seseorang individu atau pelajar:
  • Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
  •   Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  •    Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
  •     Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.